Saturday, November 13, 2010

Sejarah Hoki Di Malaysia

Sejarah hoki Malaysia hampir sama dengan India. Permainan ini dibawa ke negara tersebut oleh askar dan kakitangan British pada 1892. Namun pada ketika itu, hoki masih belum lagi terkenal di kalangan rakyat tempatan. Selepas dua dekad lebih, barulah penduduk tempatan mula meminati permainan ini.


Pada 1923, Malaya berjaya menubuhkan sebuah pasukan hoki dan telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan India yang baru sahaja memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik. Selepas itu, pasukan hoki negara telah menjelajah ke beberapa negara di Macau dan Hong Kong dan mengadakan permainan persahabatan di sana.






Padang Hoki

Padang hoki mempunyai bentuk dan saiz yang tetap dan semua tanda-tanda adalah ditentukan di dalam peraturan-peraturan. Padang hoki berbentuk segi empat bujur dengan 100 ela panjang dan 60 ela lebar. Garisan-garisan panjang dikenali sebagai garisan belakang atau garisan gol, kerana pintu gol diletakkan di atas garisan-garisan tersebut.


Anda akan dapat perhatikan bahawa padang hoki dibahagikan kepada dua bahagian oleh garisan tengah dan setiap bahagian itu dibahagikan kepada dua oleh garisan 25 ela. Jadi, padang telah dibahagikan kepada empat sukuan.Di atas kedua-dua garisan gol, garisan 25 ela dan garisan tengah, terdapat tanda-tanda yang dilukis 5 ela daripada luar garisan tepi di kedua-dua belah padang. Tanda-tanda ini adalah 2 ela panjang.

Juga terdapat satu tanda di atas padang untuk menunjukkan 16 ela daripada garisan gol. Tanda ini berukuran 12 inci dan terdapat di dalam padang permainan pada setiap garisan tepi dan selari dengan garisan belakang. 16 ela ini diukur dari bahagian dalam garisan belakang.

Di atas garisan belakang terdapat tanda-tanda khas yang digunakan untuk sudut-sudut penalti. Tanda-tanda ini panjangnya 12 inci bermula daripada garisan belakang ke dalam kawasan bermain. Tanda-tanda ini diletakkan 5 ela dan 10 ela di luar tepi tiang gol yang dekat sekali, di kedua-dua belah gol.

Satu titik untuk strok penalti ditandakan di depan setiap pintu gol. Titik tersebut mempunyai diameter 6 inci dan 7 ela jauh daripada garisan pintu gol.


Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki

RECTANGULAR PITCH - http://ms.wikipedia.org/wiki/Hoki


Main Hoki

Permainan hoki telah lama aku tinggal selepas SPM. Namun aku masih mengikuti perkembangan sukan ini walaupun aku tidak bermain lagi. Sukan ini adalah sukan yang aku minati dari dahulu lagi. Aku mula bermain hoki ketika sekolah rendah hinggalah sampai ke peringkat menengah. Sukan ini unik kerana memerlukan kemahiran individu disamping kerjasama berpasukan.
Secara amnya permainan hoki ini memang seronok. Hari ini aku secara kebetulan menolong rakan aku untuk melatih pemain yang bertanding pada minggu hadapan. Aku terpaksa mengingati teknik latihan yang pernah aku jalani sebelum ini. Aku berharap pasukan ini akan menjadi salah satu pasukan yang dapat memberi saingan pada kejohanan tersebut. Selamat Berjuang dan Berjaya.

Friday, November 12, 2010

Pengenalan Kepada Permainan Ragbi

Pasukan ragbi mempunyai seramai 15 orang pemain. Pemain akan mencuba mendapatkan bola bentuk bujur dan cuba melepasi garisan gol lawan yang dipanggil "the try-line". Jika anda berjaya membawa bola melepasi garisan gol lawan dan menyentuh bola ditanah, anda berjaya mencuba dan memungut 5 mata. Selepas pasukan berjaya mencuba, anda diberi pula "conversion". Seorang pemain yang diberi gelaran "fly half" adalah mahir menendang dalam pasukan itu dan akan menendang bola dan melepasi palang gol.


Keselamatan
Di dalam permainan ragbi ini, keselamatan adalah antara ciri-ciri penting yang perlu dititikberatkan selain peraturan dan teknik permainan. Sebelum memulakan permainan, seeloknya peraturan permainan Ragbi perlulah di pelajari untuk mengelakkan penggunaan teknik-teknik yang salah semasa bermain di atas padang. Terdapat juga pelindung badan yang boleh di pakai semasa bermain Ragbi. Antaranya seperti headgear untuk melindungi kepala, pelindung bahu dan dada, pelindung siku dan lutut dan pelindung gigi.


Selain itu, teknik yang betul semasa bermain juga penting untuk mengelakkan kecederaan parah. Semasa mencapai pihak lawan, bagaimana capaian di buat, kawasan mana capaian dilakukan, semua itu adalah penting untuk mengelakkan mana-mana pihak daripada tercedera. Pendidikan awal untuk sukan ini adalah sangat penting, kerana ramai yang salah anggap dengan permainan ini, dan hanya bermain dengan membuta tuli dan seterusnya telah menyebabkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Pakaian
Pakaian yang biasa digunakan adalah Jersi tahan lasak yang diperbuat daripada bahan yang kuat. Antara pengeluar Jersi yang terkenal adalah seperti Adidas, Canterburry, Hasbro dan banyak lagi. Selain itu, pemain ragbi akan memakai kasut yang mempunyai stab di tapak seperti kasut bola. Ini adalah dengan tujuan untuk bermain di atas padang berumput supaya tidak tergelincir atau sebagainya. Dilengkapi dengan stokin, pemain ragbi juga kebiasaannya memakai seluar pendek atau panjang daripada bahan yang tahan lasak juga.






RAGBI

Ragbi (bahasa Inggeris: Rugby) merupakan sejenis permainan bola berpasukan. Dimainkan oleh dua pasukan, pemain dari setiap pasukan akan mencuba skor dengan cara menyepak, melontar, atau membawa bola sehingga mereka boleh menyepak untuk melepasi gol lawan atau menyentuh di belakang garisan lawan. Pasukan yang memungut mata paling banyak maka pasukan itu yang akan diistiharkan menang bagi perlawanan ini.


Sejarah Ragbi
Ketika perlawanan bola sepak peringkat sekolah di England tahun 1823, William Webb Ellis mengambil bola dengan tangannya dan membawanya lari. Sejak itu, bermulanya perlawanan ragbi.

Kemudian Universiti Cambrigde telah mengubahsuai permainan ini, mempopularkan dan membuat peraturan rasmi ragbi. Ragbi mula popular tahun 1871 di sekolah-sekolah di England. Kemudian Kelab Ragbi mengumumkan peraturan rasmi permainan ragbi di London sepuluh tahun kemudian.
Tahun 1895 Liga Ragbi (The Rugby League) telah ditubuhkan dengan 13 permainan bersama dengan peraturan yang lebih profesional. Ragbi mula berkembang ke seluruh dunia dan perlawanan antara negara diadakan.Pelbagai perubahan telah diadakan. Tahun 1880 scrum telah diubahsuai.
Pada tahun 1905 perlawanan antara Sarthmore dengan Pennsylvania telah mencetuskan pergaduhan. Presiden Amerika Syarikat Theodore Roosevelt telah mengubah peraturan bagi mengurangkan keganasan dalam permainan ragbi.
1906 akibat daripada perubahan pada permainan ragbi, muncullah American Foolball di Amerika Syarikat.
Permainan ragbi semakin melakar nama terutama di Great Britain, New Zealand, Australia dan Afrika Selatan. Bilangan kelab bertambah dari 80 kepada 1000 kelab antara tahun 1964 hingga 1980. 1975 dibentuk Kelab Bola Sepak Ragbi di Amerika Syarikat(The United States of America Rugby Football Union (USARFU). Kini permainan ragbi berkembang sehingga ke 80 buah negara di seluruh dunia.
Ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia di lihat melalui mata kasar. Sebaliknya, ragbi adalah salah satu sukan yang membentuk keperibadian seseorang. Ragbi juga dianggap sebagai sukan atau permainan yang dianggap lelaki sejati bagi sesetengah pihak. Semasa perlawanan, seseorang yang menjadi pemain ragbi akan menganggap pasukan lawan mereka sebagai musuh ketat yang perlu di kasari tetapi setelah perlawanan berakhir, kedua-dua pasukan ini adalah sahabat yang baik.












Tuesday, July 6, 2010

Merejam Lembing


Mengikut catatan sejarah, acara merejam lembing adalah acara rejaman yang tertua dalam sejarah sukan olahraga. Acara ini mula dipertandingkan buat pertama kali di dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896. Kini, ia merupakan salah satu acara padang yang penting di dalam sukan olahraga. Acara ini dipertandingkan mengikut kategori lelaki dan wanita.

Matlamat acara ini ialah merejam lembing sejauh yang dapat dilakukan dengan mengikut peraturan dan di dalam kawasan yang telah ditetapkan. Para pemenang akan ditentukan menerusi rejaman atau balingan yang paling jauh. Peralatan yang perlu bagi atlet acara ini ialah lembing dan kawasan membuat rejaman iaitu padang.


Lembing diperbuat daripada kayu, besi, atau logam campuran. Bahagian-bahagian lembing pula terdiri daripada bahagian kepala yang panjang, bahagian pegangan (grip), dan bahagian hujunga atau ekor yang tajam. Bahagian kepala yang panjang diperbuat daripada besi berukuran 25cm-33cm. Bahagian pegangan (grip) panjangnya 15cm-16cm untuk acara kategori lelaki dan 14cm-15cm untuk kategori wanita dan lelaki bawah 18 tahun. Grip terletak pada pusat graviti lembing. Berat minimum lembing untuk kategori lelaki ialah 800g manakala untuk kategori wanita bawah 16 tahun pula ialah seberat 600g.

Teknik
Untuk pengetahuan dan makluman anda, terdapat dua cara yang biasa digunakan oleh perejam lembing. Satu dari atas dan satu dari sisi bawah. Anda boleh memilih dua cara tersebut berdasarkan keselesaan dan kemampuan. Untuk mendapatkan satu rejaman yang baik dan sempurna selain tenaga yang dipindahkan semasa larian dan momentum semasa rejaman dilakukan, cara memegang (grip) juga perlu dititikberatkan dan diambil kira. Sekiranya pegangan tidak kemas, lembing akan terlepas begitu sahaja dan rejaman tidak sejauh seperti yang dikehendaki.Jaguh acara merejam lembing iaitu Petronoff dari Rusia yang mempunyai susuk badan yang tegap dan berbadan sasa telah berjaya merejam lembing melebihi 90 meter dan rejaman beliau adalah antara yang terbaik dalam sejarah merejam lembing. Beliau juga merupakan pemegang rekod dunia dalam acara merejam lembing sehingga sekarang.





Perejam Lembing Terkemuka
Jaguh negara Malaysia seperti Nashatar Singh dan Ballang Lassung adalah antara dua mutiara negara Malaysia yang pernah menyinarkan pingat emas untuk Malaysia pada era 70-an dan 80-an. Begitu juga jaguh wanita negara Malaysia iaitu Norsham Yon turut menyinari acara ini di peringkat Sukan SEAP pada masa yang lalu. Kalau dilihat kepada jaguh-jaguh ini, memang susuk badan memainkan peranan yang penting untuk menjadi perejam yang terbaik dalam acara ini.




Sumber : Wikipedia

Lontar Peluru

Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh.

Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini.


Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan.

Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896.


Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan 1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru.


Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam acara ini. Beliau ialah Perry O`Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta teknik lontaran baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga hari ini.


Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik. Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak berhati-hati sebelum,semasa, dan selepas melakukan aktiviti.

Persediaan atlet,kekuatan tubuh badan, dan anggota lain terutamanya tangan,pinggang, dan kaki memainkan peranan utama. Ini bermakna persediaan fizikal dan mental adalah menjadi agenda utama untuk menjamin keselamatan diri atlet itu sendiri.

Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu sebelum, semasa, dan selepas. Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi pelontar, yang mana perlakuan yang licin dan sempurna akan banyak membantu atau mencipta sesuatu kejayaan.

Sumber : Wikipedia

Lempar Cakera

Lempar cakera ialah acara lontaran yang mula-mula dicipta sebagai acara sukan. Acara ini juga dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Kuno Greek. Namun begitu, cakera yang digunakan adalah jauh lebih besar dan lebih berat daripada cakera yang digunakan pada hari ini. Acara lempar cakera mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896.

Peralatan
Cakera ini diperbuat daripada kepingan kayu tebal yang berbentuk bulat,leper,dan dibaluti besi di sekelilingnya, serta dimasukkan timah hitam seberat 1.923 kilogram pada bahagian tengah dan menghampiri 2 kilogram untuk atlet lelaki.

Peraturan Dan Teknik
Bagi mengelakkan cakera dilempar ke merata tempat, satu kawasan khas yang disediakan berbentuk segi empat sama dengan jejari 2.5 meter. Teknik dan cara membuat lemparan ketika itu adalah bebas. Tetapi pada masa kini, permulaannya adalah mengikut cara lemparan yang dilakukan pada masa silam. Pergerakan dan kedudukan tangan serta badan berada dalam kedudukan bongkok sedikit. Pergerakan tangan untuk menghayun cakera pula berada di sisi badan peserta. Cara lemparan seperti ini akan menyebabkan pergerakan cakera seakan-akan melayang pada jarak yang lebih jauh.


Acara lempar cakera dipertandingkan di Sukan Olimpik Stockholm pada tahun 1912 dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Setiap peserta akan melakukan lemparan kali pertama dengan hanya menggunakan sebelah tangan manakala lemparan pada kali kedua peserta akan menggunakan sebelah tangan yang belum digunakan lagi.


Cara lemparan seperti ini tidak sejauh yang dikehendaki dan akhirnya cara lemparan ini tidak mendapat sambutan daripada peserta yang mengambil bahagian di dalam acara lempar cakera. Pertandingan melempar cakera menggunakan cara ini oleh peserta sehingga tahun 1920 dan selepas itu, teknik lemparan baru telah diperkenalkan.

Sementara itu, teknik lemparannya telah diubahsuai dan diperbaiki dari semasa ke semasa dan bentuk latihan yang sistematik menyebabkan jarak lemparan yang dicapai dalam setiap kejohanan terus meningkat maju. Jaguh yang pernah mengharumkan nama negara Malaysia dalam acara ini ialah Danapal Naidu.


Keselamatan
Acara lempar cakera dipertandingkan dalam satu kawasan khas yang disediakan untuk acara ini bertujuan untuk tujuan keselamatan. Dalam kejohanan Sukan Olimpik dan kejohanan yang lain, kawasan acara ini berpagar dan berjaring besi kecuali di bahagian hadapannya yang terbuka untuk peserta melakukan lemparan. Melempar cakera memerlukan daya tumpuan yang sangat tinggi untuk mencapai jarak paling jauh.



Sunday, May 23, 2010

Acara Olahraga

Acara padang


Acara melempar
  • Lempar cakera
  • Baling tukul besi
  • Rejam lembing
  • Lontar peluru

Acara Lompatan
  • Lompat tinggi
  • Lompat galah
  • Lompat jauh
  • Lompat kijang

Pertandingan Pelbagai Acara
Pertandingan pelbagai acara termasuk acara daripada kedua-dua trek (berlari) dan acara padang.

Pentathlon: Pentathlon luar termasuk lima acara berikut:
  • Lompat jauh
  • Rejam lembing
  • 200 meter
  • Lempar cakera
  • 1500 meter

Pentathlon luar adalah satu acara kejohanan kebangsaan di Amerika Syarikat sehingga 1978. Ia masih dipertandingkan dalam kebanyakan tempat di serata dunia, tetapi jarang sekali sebagai acara kejohanan. Pentathon juga dipertandingkan di beberapa Sukan Olimpik awal, terutamanya dalam Olimpik 1912 yang telah dimenangi oleh Jim Thorpe, yang turut memenangi Decathlon. Acara meniru Sukan Olimpik Greek asal, di mana Pentathlon adalah pertandingan pertama. Ia terdiri daripada lompat jauh, rejam lembing, satu larian statia kira-kira 180 meter, lempar cakera, dan gusti gaya Greco-Rom.

Pentathlon: Pentathlon tertutup termasuk lima acara berikut:
  • Lari berpagar (110 meter untuk lelaki, 100 meter untuk wanita)
  • Lontar peluru
  • Lompat jauh
  • Lompat tinggi

Jarak sederhana (1500 meter untuk lelaki, 800 meter untuk wanita)

Heptathlon: Heptathlon termasuk tujuh acara berikut:
Di luar (biasanya hanya wanita):
  • 100 meter lari berpagar
  • Lompat tinggi
  • Lontar peluru
  • 200 meter
  • Lompat jauh
  • Rejam lembing
  • 800 meter

Tertutup (biasanya hanya lelaki):
  • 60 meter
  • Lompat jauh
  • Lontar peluru
  • Lompat tinggi
  • 60 meter lari berpagar
  • Lompat galah
  • 1000 meter
Dekatlon: Decathlon termasuk sepuluh acara berikut:
  • 100 meter
  • Lompat jauh
  • Lontar peluru
  • Lompat tinggi
  • 400 meter
  • 110 meter lari berpagar
  • Lempat cakera
  • Lompat galah
  • Rejam lembing
  • 1500 meter

Acara Olahraga

Terdapat variasi lain selain yang disenaraikan di bawah tetapi perlumbaan jarak luar biasa (contoh 300 m) adalah kurang kerap dijalankan. Perlumbaan luar biasa adalah dengan lazimnya diadakan semasa musim tertutup disebabkan oleh trek tertutup lebih pendek 200 m. Dengan pengecualian larian batu (mile run), perlumbaan berdasarkan jarak imperial adalah jarang sekali diadakan di trek lagi selepas kebanyakan trek telah bertukar daripada sesuku batu (402.3 m) ke 400 m; semua penyimpanan rekod untuk jarak imperial telah ditamatkan. Bagaimanapun, buku rekod IAAF masih termasuk rekod dunia batu (kini dipegang oleh Hicham El Guerrouj dari Maghribi untuk lelaki dan Svetlana Masterkova dari Rusia untuk wanita) disebabkan oleh kepentingan bersejarahnya di seluruh dunia.


Lelaki dan wanita tidak bersaing antara satu sama lain, walaupun mereka mungkin kadangkala berlari dalam perlumbaan sama kerana kekurangan masa dalam kejohanan sekolah tinggi. Wanita pada umumnya berlari jarak sama seperti lelaki walaupun pagar dan halangan-halangan lumba kuda adalah lebih rendah dan pemberat cakera, lembing dan tukul adalah lebih ringan.

Acara larian dan lumba jalan kaki
Pecut adalah acara sehingga dan termasuk 400 meter. Acara biasa dipertandingkan adalah:
  • 50 meter (tertutup sahaja)
  • 55 meter (tertutup sahaja)
  • 60 meter (tertutup sahaja)
  • 100 meter
  • 200 meter
  • 400 meter

Acara jarak sederhana adalah acara yang lebih jauh berbanding pecut dan sehingga 3000 meter. Acara biasa dipertandingkan adalah:
  • 800 meter
  • 1000 meter (jarang)
  • 1500 meter
  • One mile[1]
  • 3000 meter
  • 3000 meter berhalangan

Acara jarak jauh adalah acara melebihi 3000 meter. Acara biasa dipertandingkan adalah:
  • 5000 meter
  • 10000 meter

Acara lari berpagar memerlukan pelari untuk melepasi halangan-halangan yang dijarakkan dengan sama rata semasa perlumbaan. Acara biasa dipertandingkan adalah:
  • 60 meter lari berpagar (tertutup sahaja)
  • 100 meter lari berpagar (wanita)
  • 110 meter lari berpagar (lelaki)
  • 400 meter lari berpagar

Lari berganti-ganti adalah acara di mana empat atlet menyertai sebagai sebuah pasukan, memberi baton besi diantaranya. Acara biasa dipertandingkan adalah:
  • 4 x 100 meter lari berganti-ganti
  • 4 x 200 meter lari berganti-ganti (sekolah tinggi dan kolej)
  • 4 x 400 meter lari berganti-ganti
  • 4 x 800 meter lari berganti-ganti

Some events, such as medley relays, are rarely run except at large relay carnivals. Typical medley relays include:
Sprint Medley Relay (SMR): the four legs are 400 metres, two 200 metre legs, 800 metres; or alternately 200 metres, two 100 metre legs, 400 metres
Distance Medley Relay (DMR): the four legs are 1200 metres, 400 metres, 800 metres, 1600 metres

Lumba lari jalan adalah acara dikendalikan di jalan terbuka, kadangkala berakhir di trek. Acara biasa dipertandingkan adalah:
  • 10 km
  • 20 km
  • Half marathon (21.0975 km)
  • Maraton (42.195 km). Maraton ini adalah larian jarak perlumbaan-jalan biasa dalam kejohanan olahraga antarabangsa utama, seperti Olimpik.

Lumba jalan kaki mungkin dipertandingkan sama ada di trek atau di jalan terbuka. Acara biasa dipertandingkan adalah:
  • 10 km
  • 20 km
  • 50 km