Saturday, November 13, 2010

Padang Hoki

Padang hoki mempunyai bentuk dan saiz yang tetap dan semua tanda-tanda adalah ditentukan di dalam peraturan-peraturan. Padang hoki berbentuk segi empat bujur dengan 100 ela panjang dan 60 ela lebar. Garisan-garisan panjang dikenali sebagai garisan belakang atau garisan gol, kerana pintu gol diletakkan di atas garisan-garisan tersebut.


Anda akan dapat perhatikan bahawa padang hoki dibahagikan kepada dua bahagian oleh garisan tengah dan setiap bahagian itu dibahagikan kepada dua oleh garisan 25 ela. Jadi, padang telah dibahagikan kepada empat sukuan.Di atas kedua-dua garisan gol, garisan 25 ela dan garisan tengah, terdapat tanda-tanda yang dilukis 5 ela daripada luar garisan tepi di kedua-dua belah padang. Tanda-tanda ini adalah 2 ela panjang.

Juga terdapat satu tanda di atas padang untuk menunjukkan 16 ela daripada garisan gol. Tanda ini berukuran 12 inci dan terdapat di dalam padang permainan pada setiap garisan tepi dan selari dengan garisan belakang. 16 ela ini diukur dari bahagian dalam garisan belakang.

Di atas garisan belakang terdapat tanda-tanda khas yang digunakan untuk sudut-sudut penalti. Tanda-tanda ini panjangnya 12 inci bermula daripada garisan belakang ke dalam kawasan bermain. Tanda-tanda ini diletakkan 5 ela dan 10 ela di luar tepi tiang gol yang dekat sekali, di kedua-dua belah gol.

Satu titik untuk strok penalti ditandakan di depan setiap pintu gol. Titik tersebut mempunyai diameter 6 inci dan 7 ela jauh daripada garisan pintu gol.


Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki

RECTANGULAR PITCH - http://ms.wikipedia.org/wiki/Hoki


No comments:

Post a Comment